Friday 24 February 2012

Christina Perri - A Thousand Years

..Luv this song so much..Enjoy!

                    

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid
To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow

One step closer

(Chorus)
I have died everyday
waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

(Verse 2)
Time stands still
Beauty I know she is
I will be brave
I will not let anything
Take away
What's standing in front of me
Every breath,
Every hour has come to this

One step closer

(Chorus)
I have died everyday
Waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

One step closer
One step closer

(Chorus)
I have died everyday
Waiting for you
Darlin' don't be afraid,
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

::KAWAN vs SAHABAT?::

Assalammualaikum w.b.t..

Penghujung waktu persekolahan pada minggu ne dan esok bolehla aku merehatkan diri aku di hostel.. walaupun agak sunyi tanpa Hani dan Balqis,sahabat yang menemani aku siang dan malam..hee, xpa..mmg mcm ne la lumrah anak yang jauh diperantauan..berjauhan dengan famili..walaupun terkadang agak cemburu jugak dengan mereka berdua,tp tak apala kan..cabaran mematangkan aku sendiri..untuk berdikari jauh dari keluarga yang aku sayangi...
Cerita aku kali ini bukannya untuk mempersoalkan tentang dua benda ne..cuma sekadar ingin tahu dengan lebih mendalam tentang maksud dua perkataan ini..yaa,aku memang punya banyak kawan tapi tidak pada sahabat..entah mengapa,mungkin bagi aku kerana kawan adalah sangat meluas..baru berkenalan seminit aku boleh menganggapnya sebagai kawan tapi sebagai sahabat mungkin akan mengambil masa yang agak lama kan?

Sahabat bagi aku adalah lebih akrab sillaturrahimnya berbanding kawan memandangkan tempoh untuk menjadi sahabat itu lagi lama berbanding kawan kan..sahabat bagi aku ialah orang yang kita boleh share apa2 saja cerita suka ataupun sebaliknya..sentiasa berkongsi kegembiraan dengan kita malah sentiasa memberi pertolongan di saat kita memerlukan dia..sentiasa menjadi pendengar setia bagi kita malah seorang yang sentiasa jujur dengan kita,menegur kita bila salah dan sentiasa memberi semangat kepada kita..malah dialah yang akan menjadi orang terdekat selepas keluarga kita..dan kadang2 dia lah yang akan menjadi orang yang lebih tahu tentang semua rahsia kita daripada keluarga kita sendiri.. Sahabat jugak bagi aku seperti adik-beradik aku sendiri dan orang yang aku boleh kongsi apapun.
Bagi aku,aku belum lagi jadi sahabat yang terbaik untuk sahabat-sahabat aku..walaupun sebenarnya aku mahu mereka tahu yang aku sentiasa mahu jadi sahabat yang terbaik untuk mereka..sebab aku jugak ada kekurangan yang memang aku akui..

Dan untuk kawan bagi aku..mereka boleh jadi sahabat aku bila2 masa dan jugak tanpa sedar aku..malah sahabat pun sebenarnya boleh berubah menjadi kawan malah yang lagi teruknya boleh menjadi lawan..itu yang kita sendiri tidak mahu dalam hidup kita kan..tapi,sebagai manusia biasa..kita tidak boleh memuaskan hati semua orang cuma apa yang kita boleh buat..ikhlas dalam berkawan dengan sesiapa pun walaupun dia cuma sekadar kawan ataupun sahabat kita..kerana itu sahaja yang mampu bertahan lama..
Actually aku agak terkilan jugak dengan sikap beberapa kawan2 yang aku kenal,hanya kerana sedikit teguran mereka tidak mampu berfikir secara matang lagi,menerima teguran orang lain malah menarik muka masam dan tidak bertegur sapa..cuma yang aku mampu berkata dalam hati.."biarlah,mereka masih budak-budak lagi"..tetapi agak sayangla keadaan seperti itu..serumah tapi dingin..hanya kerana isu yang tak sepatutnya berlaku..tapi siapa kita untuk menegur mereka kan..mungin cara aku yang salah seperti yang aku cakap tadi,kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang , sebab tu aku hanya berdiam diri malas untuk berkata apa2 lagi..takut tersalah anggap lagi...so,aku cuma berdoa dalam hati..moga Allah bukakan pintu hati mereka untuk berfikir secara Rasional..tentang apa pun teguran aku sebagai kawan mereka..Aku sayangkan mereka semua..dan mohon maaf atas semua kesilapan aku...:)

* KAWAN dan SAHABAT mempunyai maksud yang sama iaitu FRIEND..tapi??

Thursday 23 February 2012

::P & P..::

Assalammualaikum w.b.t....
Keadaan aku yang agak sibuk beberapa minggu ne membuatkan aku jarang dapat mengupdate blog aku ne untuk share apa2pun kat cni..walaupun sentiasa dalam hati aku ingin bercerita tentang apa yang berlaku selama beberapa waktu ini..haha! apalah yang aku mengarut2 ne kan...hehehe..
ohya,..semalam aktiviti checker dot potluck yang di organize oleh aku dan 4org kawan2 baek aku berjalan dengan lancar,walaupun sebelum ne terlalu banyak masalah yang melemahkan semangat kitaorang semua..tp Alhamdulillah...kita berjaya jugak kan..mcm chef rahman cakap.."good job.." hahah,pujila sgt tp asyik marah kitaorg jak time tu..nak rasa sakit hati pun tak baek jugak...so,sabar ella!

my besties..love u all!

 
Polka Dott la sangat..hee




 Selesai semua ne..kena fokus untuk final exam plak...so aku ada masa seminggu jak untuk belajar betul2. untuk beberapa minggu ne rasa 'down sesangat' n emosi banyak sangat terganggu..terutamanya masalah PTPTN yang tak settle lagi..tapi semua tu ujian untuk aku teruskan pelajaran aku kan..terfikir jugak untuk tukar course walaupun sebenarnya aku suda jatuh cinta dengan culinary ne..tp entahla..mama pun tak suruh jugak tukar memandangkan dah setahun aku bertungkus lumus dengan course ne dan mungkin sebab aku dah semakin seronok mahu memasak..tapi aku kena fikirkan macam2 lagi kalau nak bertahan..terutamanya bila tak dapat PTPTN,maka secara langsungnya aku akan jadi pelajar private pla,..n masalah menyelesaikan yuran pengajian tu memang agak menyusahkan bagi parents aku la...huhu..tapi aku akan sentiasa berdoa semoga ada jalan untuk aku menyelesaikan masalah aku ne..dan seharusnya aku perlu jadikan semua ne sebagai kekuatan aku untuk mempertahankan apa yang aku harus kecapi ne..so,buat masa sekarang ne aku masih lagi bingung nak cari jalan penyelesaian..dan mungkin emosi jugak agak sikit terganggu..so kawan2 ku sekalian..mintak maaf awal2 k denga korang klu2 terkasar bahasa..huhu..Adios!

::AKU SAYANG DIA::


..aku sayang dia...siapapun dia..
..sebab dia,aku berani melangkah untuk hari ini..
..sebab dia, aku berani percaya lagi..
..kerana aku yakin Allah berikan seseorang yang betul untuk aku..
..moga dia lah orang itu..
 ..sebab dia aku boleh bergelak riang..
..walaupun kadang2 aku menangis untuk tiada sebab..
..tapi dia sentiasa di sisi aku..
..aku harap dia untuk selamanya..
..siapa pun dia..
..Amin..

Wednesday 8 February 2012

::Hijrahku::

Assalammualaikum w.b.t...
lama jugak aku x update cita aku d blog ne kan..bukannya apa,tp idea di kepala aku ne semakin kering..klu takpun,semua cerita yang aku tulis pun tak habis...terhenti ditengah jalan...ishk..ishk...sedih la pulak...
err..OKAY!..
Alhamdulillah,aku suda mulakan Hijrahku..walaupun sedikit demi sedikit tapi yang penting ada pembaharuan kan? Alhamdulillah aku dah stat pakai tudung sekarang ne..berkat dari doa mama n abah..serta kawan2 aku yang banyak bagi support dan dorongan kepada aku..makasih banyak2..cuma aku tau selepas ne lebih banyak lagi dugaan yang aku harus tempuhi untuk pertahankan Hijrah aku ini..tapi aku tahu,Allah akan sentiasa bersama2 dengan hambaNya yang selalu mengingatinya kan...so,Ella!ingat tu!
Dulu...pernah berniat..pakai tudung pas kawin la..pastu pasang niat pula.."bila aku dah bertunang,aku akan pakai tudung"..hahha,tp xjadi tunang pown...hee tp niat nak di teruskan jugak..so lagi awal dr aku jangkakan...dulu aku selalu fikir...xboleh paksa orang pakai tudung klu bukan dari kerelaan dia...xikhlas..klu xsedia pakai tudung tu jangan pakai dulu..tunggula bila masanya akan sampai...tp aku rasa aku tak boleh berfikir macam tu suda..sbb setiap masa kita akan sentiasa merasa ajal semakin menghampiri kita..aku yang rasa la..semakin banyak suda kita dengar pasal kematian di sana sini..habis tu kita nak sedia bila??aku cuma terfikir 1 ja...aku tak tau bila mati ku...bila berakhirnya masa aku dan ditarik semula roh aku dr jasad aku...dan aku xda persediaan apa2 pun! itu yang aku takutkan sangat...
mungkin sesetengah orang cakap..alaaa,baru pakai tudung dah bercakap macam ustazah...tp at least aku ada kesedaran aku sendiri...sedar akan takutnya aku kepada Allah...aku tak kisah..
yelah..asyik jatuh cinta dengan hambaNya sahaja kan..bila lagi aku mahu jatuh cinta dengan penciptaNya kan...percintaan yang akan kekal abadi hingga satu hari nanti aku akan ditemukan denganNya...
Okay...stop celoteh...nangis nanti orang baca pasal ceramah aku ne..hee..tomorrow ada misi lagi...nak carikan buku cerita "Dairy of Wimpy Kid" utk adik kesayangan aku...eheheh,...kembang hidung dia nnt klu baca...hee,..tp itupun klu ada la..klu teda,aku kac abis la voucher rm100 aku tu lagi..heee..

p/s: kita merancang tapi tuhan yang menentukan kan??err...xda kena mengena dengan benda di atas tu..:)

ini aku...:)

adik2 @ sahabat yang aku sayang!
kami ber'enam tolak satu sebenarnya..heee
mcm muka mama sy x?hee
sunway pyramid

terasa ayu la plak aku mcm ne..hihihi



Crita yang tidak berkaitan:
aku nak tujukan lagu ne buat seseorang yang ada alasannya tersendiri..:) bila dia tak cuba untuk seimbangkan di antara perbuatan dan percakapan...walaupun sebenarnya seseorang yang bernama perempuan itu memang sangat2 memerlukannya...mungkin dia perlu terus memahami lagi...


Thursday 2 February 2012

::Voucher 1 m'sia::

Assalammualaikum w.b.t..
hari ne xtdo lagi..xtaula knapa..hikhik..ada misi sebenarnya..tp biarlah rahsia..
jahat jugak aku ne..suka mengkantoikan orang..hee
Kelmarin aku ngan kengkawan upin-ipin aku pg kedai buku..
al-maklumlah excited dapat rm200 voucher..
tp bila sampai sana..blur pla,xtau mau beli buku apa..hee
Tp,aku tersangat hepi dan teruja sbb dapat membeli buku dengan "Percuma"..hee
Semua ada..novel ada,komik ada,pen ada,speaker ada...y paling penting buku resepi:)
Dan yang paling aku hepi..aku dapat hadiah dari seseorang..nehhh...hahahah..
thanxs u..:) len kali belanja lagi k...;p
xtau la best ke tak novel ne..sbb xbaca lagi..
Ohya,Petang ne aku akan berangkat pegi ke Johor utk jumpa baby Tasha..woaahh!Excited la..hee..
memendangkan aku xtdo,so aku akan tido dengan nyenyak dalam bus yang mengambil masa 5jam nak ke johor tu..huhu..
Haaa...Budak ne la yang aku nak jumpa sangat2..Namanya Annatasha Charmaine Wong..anak aunty wanee n uncle chris..rindu dengan kecomelan dan ketelatahan dia..hee...skg ne dah tumbbuh gigi dua biji kat bwh so msti lg cute kan..hehehe...
oklah,nak tdo jap..tdo dlm sejam pastu bangun balik nak g skolah...Adios Amigos!

Tuesday 31 January 2012

::first february twentie twelve::

Assalammualaikum w.b.t....
jam dah menunjukkan pkul 7.29 am tp aku langsung x dpt tdo!
wats wrong wif me??huhu..masalah2..
dah beberapa ari mcm ne..risau gak tp harap2 xda apa2 la...
skg ne dah xble try tido lg sbb kelas pkul 10 am..
alamatnya..aku pasti mengantuk dalam kelas ne plus sakit kepala sbb xda tido..cari penyakit sendiri kan?huh...nak wat mcmmn jugak kan...

ohya,memandangkan aku xdpt tdo semalaman td...so aku carila aktiviti yang ble membuatkan aku mengantuk..dengan harapan aku akan mengantuk,,tp OKAY..hampeh jer! huu...


Hye..im mr.froggy...hee...
Haa...Aku buat la benda ne...aku buat menggunakan kain felt..kira hobi aku yang terbaru la..tp tetap ada kaitan dengan jahitan dan benda yang cute2..tp sedih gak sebab tangan dah kaku dan keras..janggal nak menjahit sbb dah lama xpegang jarum dan benang ney..! Bertambah2la semangat aku mau mengangkut MESIN JAHIT aku yang jauh di Sabah tu..hihihi...

my bantal bucuk2..bon2..aku bagi "lurve"kaler pink  tu spy dia sayang aku lebih pasni.,.hikhik...OPPSS! im normal ok!

Kesimpulan yang aku dapat hasil dari keja xtdo ne..kena banyak praktis lg..hati!!bnyk benda yang kreatif2 dah keluar dari kepala aku ne..tp tunggu masa jak la nak bagi keluar..memandangkan aku asyik sibuk dengan persekolahan aku..cehh,skema la pulak..Ok lah,mau memandikan diri sebentar lagi..See ya!
P/s..Ohya,actually aku nak tulis cita pasal seseorang tadi..tp nampaknya xmenjadi..next time la k..xda idea!huh...bubye!..:)

ehhh...ada lagi..Aku nak ucapkan HaPPY BIRTHDAY TO MY BROTHER..KHAIRIL IZWAN yang ke-23 tahun..semoga sentiasa dirahmati Allah dan gembira selalu...dan tetapla menjadi anak kesayangan dan kebanggaan mama n abah sebab kau la satu2nya Putera dalam keluarga kita..Peace!!

err..ne bukan anak dia k..

Monday 30 January 2012

::Cinta Itu Love::

Assalammualaikum w.b.t...
and very good morning to you....
hee...aiseh,dah terbawa2 pulak mood masa presentation kelmarin...
Alhamdulillah, pembelajaran setakat ne masih boleh di handle lagi..
walaupun banyak buat kerja2 last minute...huarggghhh.. ngantuk la pulak..jam dah menunjukkan pukul 02.31 am..time aku nak menaip,mata plak dah start nak mengantuk..huh,tp akan aku usahakan jugak untuk menaip tentang sesuatu yang dah lama aku nak kongsi sebenarnya ne..
tadi petang sempat lagi berbual2 dengan kawan2 kat umah ne..masing2 la ada masalah pasal "cinta" ne..dan aku?? senyum jak la..dah lali dengan masalah tu dan akhirnya aku mengalah jugak...:)


bila salah seorang kawan kesayangan aku ne cerita pasal masalah cintanya..jauh disudut ati aku cakap yang dia seorang gadis yang setia pada perasaannya..sangat setia!walaupun hatinya sakit kerana seorang lelaki yang tidak memahami cinta tulusnya...tapi aku sedar,tiada siapa yang faham maksud cinta itu sebenarnya..
Cinta boleh hadir kepada sesiapa saja..kepada seseorang yang mungkin akan membalas cinta kita atau menolak cinta kita...cuma dua kemungkinan ne saja yang kita akan terima..mungkin bertuahla rasa hati bila cintanya berbalas..tp jika tidak..kena teruskan hidup jugak kan?

kadang2 ada jugak yang salah menilai cinta..tersalah memilih seseorang untuk dicintai..sebab bagi dia orang tu la yang paling sesuai untuk menerima cintanya,padahal orang sekeliling beranggapan yang berbeza..tp xmungin semua itu mahu diendahkan sebab cinta suda mengaburi mata..mungkin sebab cinta itu xbermata kan? kuat sebenarnya kuasa cinta ne..dan mungkin setiap orang senang untuk berkata bahawa dia suda memahami cinta yang sebenar padahal tidak..
Kerana cinta,ada yang sanggup hidup menderita..sanggup tinggalkan segala kesenangan demi untuk mendapatkan cinta agungnya..sanggup mengenepikan segala perasaan yang mengkin terluka kerana cinta agungnya..sanggup mengorbankan cinta asal melihat orang dicintainya gembira walaupun hati sendiri terluka..kerana cinta jugak boleh menjadikan kita baik atau sebaliknya..kerana apa?kerana cinta yang boleh hilang dengan sekelip mata sahaja...semua itu apabila kita mula melupakan cinta kita kepada yang Agung..cinta kepada yang patut kita cintai terlebih dahulu..dan apabila kita lupa,maka Dia akan menarik balik semua keCintaan yang kita pejuangkan selama ini..kerana kita lupa kepada CintaNya..lupa untuk membalas cintanya yang agung itu...sehingga kita lupa untuk memohon dari-Nya..memohon untuk diberi cinta kepada orang yang kita cintai selepas-Nya,selepas agama kita,selepas Ibubapa dan keluarga kita sendiri...

bagi aku..cinta aku belum sesempurna mana..jika dibandingkan cintanya kepada aku lagi..CintaNya yang membimbing aku untuk sentiasa memperbaiki diri aku agar akan jadi lebih baik..cinta yang sentiasa aku harapkan..kerana aku tahu,bukan semudah itu untuk mencari Cintanya..rasa Kecintaan darinya..mencari redha cintanya...Aku mahu cintaNya..aku mahu rasa cinta yang Agung dariNya..semoga setiap detik yang aku lalui adalah untuk mencari Redha cintanya...
Ya Allah,aku serahkan sgala2nya kepada-Mu ya Allah,Kau tanamkan la rasa kecintaan ku terhadapmu untuk selama2nya..kecintaan terhadap tuhanku,Nabi ku,Agamaku dan keluargaku... ...Amin...

Sunday 29 January 2012

:: a Little::

There's always a little crum behind every "just kidding"..
 
a little knowledge behind every "i dont know",
 
a little emotion behind every "i dont care",
 
and a little pain behind every "it's okay".. =)

Saturday 28 January 2012

::Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai masanya belum tiba...::

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen Ya Rabbal Alamin

Thursday 26 January 2012

::aku::

Assalammualaikum..
Permulaan yang baru untuk aku terus melangkah di dunia ne..
Apa yang aku catat ne hanya sekadar luahan hati seorang wanita..
bukan meminta apa2 balasan atau belas..

                                    gmbr ne masa aku boring sgt2 so aku contengla muka aku..hee

Selamat Membaca!!