Friday 24 February 2012

::KAWAN vs SAHABAT?::

Assalammualaikum w.b.t..

Penghujung waktu persekolahan pada minggu ne dan esok bolehla aku merehatkan diri aku di hostel.. walaupun agak sunyi tanpa Hani dan Balqis,sahabat yang menemani aku siang dan malam..hee, xpa..mmg mcm ne la lumrah anak yang jauh diperantauan..berjauhan dengan famili..walaupun terkadang agak cemburu jugak dengan mereka berdua,tp tak apala kan..cabaran mematangkan aku sendiri..untuk berdikari jauh dari keluarga yang aku sayangi...
Cerita aku kali ini bukannya untuk mempersoalkan tentang dua benda ne..cuma sekadar ingin tahu dengan lebih mendalam tentang maksud dua perkataan ini..yaa,aku memang punya banyak kawan tapi tidak pada sahabat..entah mengapa,mungkin bagi aku kerana kawan adalah sangat meluas..baru berkenalan seminit aku boleh menganggapnya sebagai kawan tapi sebagai sahabat mungkin akan mengambil masa yang agak lama kan?

Sahabat bagi aku adalah lebih akrab sillaturrahimnya berbanding kawan memandangkan tempoh untuk menjadi sahabat itu lagi lama berbanding kawan kan..sahabat bagi aku ialah orang yang kita boleh share apa2 saja cerita suka ataupun sebaliknya..sentiasa berkongsi kegembiraan dengan kita malah sentiasa memberi pertolongan di saat kita memerlukan dia..sentiasa menjadi pendengar setia bagi kita malah seorang yang sentiasa jujur dengan kita,menegur kita bila salah dan sentiasa memberi semangat kepada kita..malah dialah yang akan menjadi orang terdekat selepas keluarga kita..dan kadang2 dia lah yang akan menjadi orang yang lebih tahu tentang semua rahsia kita daripada keluarga kita sendiri.. Sahabat jugak bagi aku seperti adik-beradik aku sendiri dan orang yang aku boleh kongsi apapun.
Bagi aku,aku belum lagi jadi sahabat yang terbaik untuk sahabat-sahabat aku..walaupun sebenarnya aku mahu mereka tahu yang aku sentiasa mahu jadi sahabat yang terbaik untuk mereka..sebab aku jugak ada kekurangan yang memang aku akui..

Dan untuk kawan bagi aku..mereka boleh jadi sahabat aku bila2 masa dan jugak tanpa sedar aku..malah sahabat pun sebenarnya boleh berubah menjadi kawan malah yang lagi teruknya boleh menjadi lawan..itu yang kita sendiri tidak mahu dalam hidup kita kan..tapi,sebagai manusia biasa..kita tidak boleh memuaskan hati semua orang cuma apa yang kita boleh buat..ikhlas dalam berkawan dengan sesiapa pun walaupun dia cuma sekadar kawan ataupun sahabat kita..kerana itu sahaja yang mampu bertahan lama..
Actually aku agak terkilan jugak dengan sikap beberapa kawan2 yang aku kenal,hanya kerana sedikit teguran mereka tidak mampu berfikir secara matang lagi,menerima teguran orang lain malah menarik muka masam dan tidak bertegur sapa..cuma yang aku mampu berkata dalam hati.."biarlah,mereka masih budak-budak lagi"..tetapi agak sayangla keadaan seperti itu..serumah tapi dingin..hanya kerana isu yang tak sepatutnya berlaku..tapi siapa kita untuk menegur mereka kan..mungin cara aku yang salah seperti yang aku cakap tadi,kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang , sebab tu aku hanya berdiam diri malas untuk berkata apa2 lagi..takut tersalah anggap lagi...so,aku cuma berdoa dalam hati..moga Allah bukakan pintu hati mereka untuk berfikir secara Rasional..tentang apa pun teguran aku sebagai kawan mereka..Aku sayangkan mereka semua..dan mohon maaf atas semua kesilapan aku...:)

* KAWAN dan SAHABAT mempunyai maksud yang sama iaitu FRIEND..tapi??

No comments:

Post a Comment