Tuesday 31 January 2012

::first february twentie twelve::

Assalammualaikum w.b.t....
jam dah menunjukkan pkul 7.29 am tp aku langsung x dpt tdo!
wats wrong wif me??huhu..masalah2..
dah beberapa ari mcm ne..risau gak tp harap2 xda apa2 la...
skg ne dah xble try tido lg sbb kelas pkul 10 am..
alamatnya..aku pasti mengantuk dalam kelas ne plus sakit kepala sbb xda tido..cari penyakit sendiri kan?huh...nak wat mcmmn jugak kan...

ohya,memandangkan aku xdpt tdo semalaman td...so aku carila aktiviti yang ble membuatkan aku mengantuk..dengan harapan aku akan mengantuk,,tp OKAY..hampeh jer! huu...


Hye..im mr.froggy...hee...
Haa...Aku buat la benda ne...aku buat menggunakan kain felt..kira hobi aku yang terbaru la..tp tetap ada kaitan dengan jahitan dan benda yang cute2..tp sedih gak sebab tangan dah kaku dan keras..janggal nak menjahit sbb dah lama xpegang jarum dan benang ney..! Bertambah2la semangat aku mau mengangkut MESIN JAHIT aku yang jauh di Sabah tu..hihihi...

my bantal bucuk2..bon2..aku bagi "lurve"kaler pink  tu spy dia sayang aku lebih pasni.,.hikhik...OPPSS! im normal ok!

Kesimpulan yang aku dapat hasil dari keja xtdo ne..kena banyak praktis lg..hati!!bnyk benda yang kreatif2 dah keluar dari kepala aku ne..tp tunggu masa jak la nak bagi keluar..memandangkan aku asyik sibuk dengan persekolahan aku..cehh,skema la pulak..Ok lah,mau memandikan diri sebentar lagi..See ya!
P/s..Ohya,actually aku nak tulis cita pasal seseorang tadi..tp nampaknya xmenjadi..next time la k..xda idea!huh...bubye!..:)

ehhh...ada lagi..Aku nak ucapkan HaPPY BIRTHDAY TO MY BROTHER..KHAIRIL IZWAN yang ke-23 tahun..semoga sentiasa dirahmati Allah dan gembira selalu...dan tetapla menjadi anak kesayangan dan kebanggaan mama n abah sebab kau la satu2nya Putera dalam keluarga kita..Peace!!

err..ne bukan anak dia k..

Monday 30 January 2012

::Cinta Itu Love::

Assalammualaikum w.b.t...
and very good morning to you....
hee...aiseh,dah terbawa2 pulak mood masa presentation kelmarin...
Alhamdulillah, pembelajaran setakat ne masih boleh di handle lagi..
walaupun banyak buat kerja2 last minute...huarggghhh.. ngantuk la pulak..jam dah menunjukkan pukul 02.31 am..time aku nak menaip,mata plak dah start nak mengantuk..huh,tp akan aku usahakan jugak untuk menaip tentang sesuatu yang dah lama aku nak kongsi sebenarnya ne..
tadi petang sempat lagi berbual2 dengan kawan2 kat umah ne..masing2 la ada masalah pasal "cinta" ne..dan aku?? senyum jak la..dah lali dengan masalah tu dan akhirnya aku mengalah jugak...:)


bila salah seorang kawan kesayangan aku ne cerita pasal masalah cintanya..jauh disudut ati aku cakap yang dia seorang gadis yang setia pada perasaannya..sangat setia!walaupun hatinya sakit kerana seorang lelaki yang tidak memahami cinta tulusnya...tapi aku sedar,tiada siapa yang faham maksud cinta itu sebenarnya..
Cinta boleh hadir kepada sesiapa saja..kepada seseorang yang mungkin akan membalas cinta kita atau menolak cinta kita...cuma dua kemungkinan ne saja yang kita akan terima..mungkin bertuahla rasa hati bila cintanya berbalas..tp jika tidak..kena teruskan hidup jugak kan?

kadang2 ada jugak yang salah menilai cinta..tersalah memilih seseorang untuk dicintai..sebab bagi dia orang tu la yang paling sesuai untuk menerima cintanya,padahal orang sekeliling beranggapan yang berbeza..tp xmungin semua itu mahu diendahkan sebab cinta suda mengaburi mata..mungkin sebab cinta itu xbermata kan? kuat sebenarnya kuasa cinta ne..dan mungkin setiap orang senang untuk berkata bahawa dia suda memahami cinta yang sebenar padahal tidak..
Kerana cinta,ada yang sanggup hidup menderita..sanggup tinggalkan segala kesenangan demi untuk mendapatkan cinta agungnya..sanggup mengenepikan segala perasaan yang mengkin terluka kerana cinta agungnya..sanggup mengorbankan cinta asal melihat orang dicintainya gembira walaupun hati sendiri terluka..kerana cinta jugak boleh menjadikan kita baik atau sebaliknya..kerana apa?kerana cinta yang boleh hilang dengan sekelip mata sahaja...semua itu apabila kita mula melupakan cinta kita kepada yang Agung..cinta kepada yang patut kita cintai terlebih dahulu..dan apabila kita lupa,maka Dia akan menarik balik semua keCintaan yang kita pejuangkan selama ini..kerana kita lupa kepada CintaNya..lupa untuk membalas cintanya yang agung itu...sehingga kita lupa untuk memohon dari-Nya..memohon untuk diberi cinta kepada orang yang kita cintai selepas-Nya,selepas agama kita,selepas Ibubapa dan keluarga kita sendiri...

bagi aku..cinta aku belum sesempurna mana..jika dibandingkan cintanya kepada aku lagi..CintaNya yang membimbing aku untuk sentiasa memperbaiki diri aku agar akan jadi lebih baik..cinta yang sentiasa aku harapkan..kerana aku tahu,bukan semudah itu untuk mencari Cintanya..rasa Kecintaan darinya..mencari redha cintanya...Aku mahu cintaNya..aku mahu rasa cinta yang Agung dariNya..semoga setiap detik yang aku lalui adalah untuk mencari Redha cintanya...
Ya Allah,aku serahkan sgala2nya kepada-Mu ya Allah,Kau tanamkan la rasa kecintaan ku terhadapmu untuk selama2nya..kecintaan terhadap tuhanku,Nabi ku,Agamaku dan keluargaku... ...Amin...

Sunday 29 January 2012

:: a Little::

There's always a little crum behind every "just kidding"..
 
a little knowledge behind every "i dont know",
 
a little emotion behind every "i dont care",
 
and a little pain behind every "it's okay".. =)

Saturday 28 January 2012

::Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai masanya belum tiba...::

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen Ya Rabbal Alamin

Thursday 26 January 2012

::aku::

Assalammualaikum..
Permulaan yang baru untuk aku terus melangkah di dunia ne..
Apa yang aku catat ne hanya sekadar luahan hati seorang wanita..
bukan meminta apa2 balasan atau belas..

                                    gmbr ne masa aku boring sgt2 so aku contengla muka aku..hee

Selamat Membaca!!