Monday 30 January 2012

::Cinta Itu Love::

Assalammualaikum w.b.t...
and very good morning to you....
hee...aiseh,dah terbawa2 pulak mood masa presentation kelmarin...
Alhamdulillah, pembelajaran setakat ne masih boleh di handle lagi..
walaupun banyak buat kerja2 last minute...huarggghhh.. ngantuk la pulak..jam dah menunjukkan pukul 02.31 am..time aku nak menaip,mata plak dah start nak mengantuk..huh,tp akan aku usahakan jugak untuk menaip tentang sesuatu yang dah lama aku nak kongsi sebenarnya ne..
tadi petang sempat lagi berbual2 dengan kawan2 kat umah ne..masing2 la ada masalah pasal "cinta" ne..dan aku?? senyum jak la..dah lali dengan masalah tu dan akhirnya aku mengalah jugak...:)


bila salah seorang kawan kesayangan aku ne cerita pasal masalah cintanya..jauh disudut ati aku cakap yang dia seorang gadis yang setia pada perasaannya..sangat setia!walaupun hatinya sakit kerana seorang lelaki yang tidak memahami cinta tulusnya...tapi aku sedar,tiada siapa yang faham maksud cinta itu sebenarnya..
Cinta boleh hadir kepada sesiapa saja..kepada seseorang yang mungkin akan membalas cinta kita atau menolak cinta kita...cuma dua kemungkinan ne saja yang kita akan terima..mungkin bertuahla rasa hati bila cintanya berbalas..tp jika tidak..kena teruskan hidup jugak kan?

kadang2 ada jugak yang salah menilai cinta..tersalah memilih seseorang untuk dicintai..sebab bagi dia orang tu la yang paling sesuai untuk menerima cintanya,padahal orang sekeliling beranggapan yang berbeza..tp xmungin semua itu mahu diendahkan sebab cinta suda mengaburi mata..mungkin sebab cinta itu xbermata kan? kuat sebenarnya kuasa cinta ne..dan mungkin setiap orang senang untuk berkata bahawa dia suda memahami cinta yang sebenar padahal tidak..
Kerana cinta,ada yang sanggup hidup menderita..sanggup tinggalkan segala kesenangan demi untuk mendapatkan cinta agungnya..sanggup mengenepikan segala perasaan yang mengkin terluka kerana cinta agungnya..sanggup mengorbankan cinta asal melihat orang dicintainya gembira walaupun hati sendiri terluka..kerana cinta jugak boleh menjadikan kita baik atau sebaliknya..kerana apa?kerana cinta yang boleh hilang dengan sekelip mata sahaja...semua itu apabila kita mula melupakan cinta kita kepada yang Agung..cinta kepada yang patut kita cintai terlebih dahulu..dan apabila kita lupa,maka Dia akan menarik balik semua keCintaan yang kita pejuangkan selama ini..kerana kita lupa kepada CintaNya..lupa untuk membalas cintanya yang agung itu...sehingga kita lupa untuk memohon dari-Nya..memohon untuk diberi cinta kepada orang yang kita cintai selepas-Nya,selepas agama kita,selepas Ibubapa dan keluarga kita sendiri...

bagi aku..cinta aku belum sesempurna mana..jika dibandingkan cintanya kepada aku lagi..CintaNya yang membimbing aku untuk sentiasa memperbaiki diri aku agar akan jadi lebih baik..cinta yang sentiasa aku harapkan..kerana aku tahu,bukan semudah itu untuk mencari Cintanya..rasa Kecintaan darinya..mencari redha cintanya...Aku mahu cintaNya..aku mahu rasa cinta yang Agung dariNya..semoga setiap detik yang aku lalui adalah untuk mencari Redha cintanya...
Ya Allah,aku serahkan sgala2nya kepada-Mu ya Allah,Kau tanamkan la rasa kecintaan ku terhadapmu untuk selama2nya..kecintaan terhadap tuhanku,Nabi ku,Agamaku dan keluargaku... ...Amin...

No comments:

Post a Comment